SELAMAT HARI RAYA AZRI ALWAYS ASLI
DEEJA SET YANG MENAKJUBKAN

Rata-rata komen, eh sekarang muka awak putih la, jerawat batu pun hilang. Apa produk yang awak pakai hah? Apa yang saya jawab, produk ini bagus untuk merawat masalah jeragat, tona kulit dan merawat bekas hitam luka dan parut. Produk apakah itu?

Kalau kita sebut nama Deeja, semua orang saya rasa akan tahu. Produk yang terbukti bagus bagi saya yang pernah menggunakan dan masih mengamalkannya sekarang, ialah Deeja Set Kosmetik 5 in 1. Pada mulanya memang was-was disebabkan kulit yang sensitif sangat tetapi semangat ingin cuba yang kuat, terjadi lah kejadiannya hari ini. Deeja Set Kosmetik memang sesuai untuk semua jenis kulit. Pendek kata, memang baguslah untuk merawat semua masalah kulit yang kita hadapi.  Prouk yang 100% daripada bahan yang halal, sesuai untuk penggunaan dari umur 18 tahun menambah lagi keghairahan untuk mencuba.

Melalui pengalaman penggunaannya, boleh saya katakan yang produk ini merawat masalah kulit berjeragat, kulit kusam, masalah lebam bawah mata, kulit kering, merawat masalah jerawat dan kulit berminyak. Dari kulit hitam ke putih, produk ini mampu sekatakan tona kulit dan menutup dan merawat bekas luka & parut yang hitam. Deeja Set Kosmetik 5 Dalam 1 mengandungi sabun pembersih muka diperbuat daripada bahan semulajadi seperti lobak merah, susu dan air mawar. Ianya boleh dipotong empat dan jimat. Guna sedikit air, buih sangat banyak. Lepas cuci muka dan ilas dengan air, segar ja rasa muka. Krim siang yang dirumus daripada biji almond, biji tomato dan aloevera dan ianya boleh bertindak sebagai sublock juga dengan SPF50. Tak perlu banyak, calit jer sedikit dekat jari, letakkan pada muka dan ratakan di seluruh wajah, settle!. Krim Zulai yang dirumuskan daripada alpha hidroxy acid (AHA), Vitamin E, Retinoid Acid dan Gliseren. Berbeza dengan krim siang, krim zulai dipakai pada waktu malam selepas menggunakan sabun pembersih muka. Krim Laika 5gm pula dibuat daripada kunyit dan minyak jojoba. Kalau tengok daripada mata kasar pun dah boleh cam krim laika ni diperbuat daripada kunyit sebab warnanya kekuning-kuningan. So, kalau pakai kat muka tu, nampak la kesan kuning. Kunyit berfungsi untuk hilangkan jeragat/ pigmentasi, hilangkan sel kulit mati, hilangkan parut jerawat dan menaikkan aura wajah. Minyak jojoba pula mampu bertindak untuk penyerapan dengan cepat tanpa menyumbat pori-pori kulit dan menjaga keseimbangan ph yang normal pada kulit. Toner Nano pula dirumus khas daripada air mawar dan aloe vera yang mampu mengatasi eye-bag, bertindak sebagai anti-penuaan,  mencerahkan dan melembapkan kulit wajah. Cara nak pakai toner nano ni pulak adalah sangat mudah. Hanya perlu titiskan toner nano menggunakan tisu muka/ kapas dan lapkan pada muka dan ratakan. Kalau rasa pedih-pedih sikit tu, jangan panik pulak ye. Memang lumrah pakai toner akan rasa macam tu. It's normal!

Saranan penggunaan Set Kosmetik Deeja pada waktu siang, cuci muka dengan sabun pembersih muka Deeja, lap muka hingga kering dan sapukan Toner Nano dengan menggunakan kapas muka. Sapukan sehingga rata dan tak perlu gosok terlalu kuat, calitkan sedikit krim siang secara nipis dan gosok perlahan-lahan. Pada waktu malam pula cuci muka dengan sabun pembersih muka Deeja, calitkan krim zulai secara nipis dan gosok perlahan-lahan  serta calitkan krim laika secara nipis dan gosok perlahan-lahan. Sila ambil perhatian juga bahawa untuk kulit sensitif dan berjerawat banyak, untuk minggu pertama hanya perlu gunakan sabun pembersih muka, toner nano dan krim zulai. Minggu kedua baru boleh gunakan krim zulai dan krim laika dan toner nano tak boleh pakai di sekeliling mata dan bibir. Haa, boleh cuba untuk yang ragu-ragu tu

Leave a reply